Thursday, 9 August 2012

Mencari Lailatul Qadar :')

Assalamualaikum wbt  y'all...
Kita lupakan sebentar mengenai muqadimmah aku yg still belum sampai tempoh tamatnya lagi..hehe
Sekarang aku nak ajak lu orang semua untuk menghayati dan memahami apa itu malam lailatu qadar yang sangat dimuliakan Allah dan Rasullulah S.A.W...sempena dengan bulan puasa al-mubarak yg dah masuk fasa ke-3 ataupun 10 malam terakhir ini ( fasa ke 3 sering dikatakan tempoh masa berlakunya malam lailatul qadar) elok rasanya kita mantapkan pengetahuan kita mengenai malam lailatul qadar ini di samping kita dapat bersedia untuk menghadapi malam istimewa ini...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam akhir Ramadhan" ( Hadis Riwayat Aishah r.a )

Melalui penyataan hadis tersebut, dapatlah kita mengerti bahawa baginda Rasulullah sangat menyarankan umatnya supaya bersedia untuk menghadapi malam Lailatul Qadar di mana ia akan berlaku di malam sepuluh akhir bulan Ramadhan..Bersedia untuk apa kawan-kawan?? Semestinyalah bersedia dalam melakukan amal ibadat kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh dan tawadduk..lebih-lebih lagi di pertengahan malam dan dimulai dengan solat sunat tahajjud dan ibadat yang seterusnya.. hal ini kita dapat lihat di mana Rasulullah juga turut memperbanyakkan amalan ibadat pada malam sepuluh terakhir Ramadhan berdasarkan hadis-hadis sahih ini :

Carilah Malam Lailatul Qadar
" Adalah Nabi S.A.W beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain "  ( Hadis Riwayat Muslim )

" Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya ( tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus) " ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



Hal ini sangat disarankan baginda kepada umatnya adalah kerana malam Lailatul Qadar merupakan malam yang penuh keberkatan dan keampunan di mana pada malam Lailatul Qadar ini semua pintu syurga dan pintu doa (keampunan) di buka seluas-luasnya oleh Allah S.W.T untuk hamba-hambaNya bertaubat dan memohon pertolongan daripada-Nya. Malam ini juga merupakan malam yang sangat istimewa kepada umat Islam.

Firman Allah S.W.T :
Ertinya :  "Malam Al-Qadar adalah lebih baik baik dari seribu bulan " ( Al-Qadr : 2 )

Waktunya :
Para ulama seperti Syeikh Dr Yusof al - Qaradhawi menyebut bahawa tarikh malam Lailatul Qadar sengaja disembunyikan oleh Allah S.W.T agar umat manusia bersungguh-sungguh mencarinya. Pun begitu, ada disebutkan terdapat tanda-tanda kemunculan malam yang maha hebat ini.

Ianya seperti hari esoknya yang tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, matahari tidak memancarkan sinarnya dan bermacam lagi.


Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.



Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

So, sudahkah anda semua bersedia??? Walaupun kita tidak pasti bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar ini,tapi kita disarankan untuk menghidupkan ( beribadat ) pada keseluruhan malam sepuluh akhir Ramadhan untuk berasa lebih selamat dan tidak ragu-ragu.

Antara amalan yang disarankan :
  • Mandi, berpakaian indah, berharum-haruman
  • Melakukan solat sunat, iktikaf dan baca Al - Quran
  • Memperbanyakkan Doa


Jadi, selamat beramal semua..termasuklah saya sendiri...:)
Assalmualaikum wbt....

ps : saja saya guna bahasa ganti nama yg sopan untuk menghormati post2  yg berkenaan dgn keagamaan..:)

No comments:

Post a Comment