Monday, 13 August 2012

Faham...

Assalamualaikum wbt ... y'all sekalian...
Lu orang faham ker tajuk entry nih??hahaha....
Aku tahu misti banyak persepsi or tanggapan dari lu orang terhadap tajuk entry kali ni kan..
Ok..entry kali nih aku nak cerita mengenai satu perkataan yang semua orang boleh faham perkataan tetapi tidak semua dapat memahami ertinya..." FAHAM"...
yer,kadang2 mudah untuk kita kata yang kita nih faham akan situasi sesuatu benda yang orang lain hadapi tetapi kenyataanya, kita xpernah memahaminya...



Sebagai contoh seorang lelaki nih bersungguh-sungguh mengaku yang dia tuh sangat memahami isi hati kekasihnya walhal sebenarnya dia tidak memahami apa yang terbuku tersebut...
Perkara sangat biasa terjadi kepada sesiapa sahaja terutama kepada pasangan kekasih atau suami isteri...
Kenapa perkara macam nih boleh berlaku?
Pada pendapat aku, perkara nih boleh terjadi adalah disebabkan kita tidak bersungguh-sungguh meletakkan diri kita dalam situasi orang yang kita perlu faham tuh...
Contoh nya si Abu sedang hadapi masalah tekanan kerja di pejabat...Aweknya si Minah yang tahu akan masalah Abu tuh beritahu Abu bahawa dia faham akan masalah Abu...tetapi dalam masa yang sama, Minah tetap memberi tekanan kepada Abu likes sering ajak keluar dating, membebel, and sebagainya...padahal Abu memang sedang menghadapi masalah yang menyebabkan dia xdapat menuruti kehendak Minah...
disebabkan Abu terlepas pandang (tidak sengaja) akan perhatian yang perlu dia berikan kepada Minah, Minah terus menuduh Abu bahawa Abu sudah tidak sayang lagi kepadanya dan terus meminta hubungan mereka yang terjalin sejak sekian lama diputuskan begitu sahaja hanya disebabkan perkara tersebut...
Benda nih sebenarnya xakan jadi seperti keadaan Minah dan Abu sekiranya Minah benar-benar meletakkan diri beliau dalam situasi Abu...cuba fahami dengan betul-betul masalah Abu..beri Abu masa untuk menyelesaikan masalahnya..Minah tidak boleh terburu-buru menuduh bahawa Abu sudah tidak sayang kepad beliau hanya kerana kurang memberi perhatian kepada beliau...sayang bukan terletak kepada sejauhmana kita memberi perhatian kepada seseorang, sayang terletak di hati..kalau hati kata sayang, even kurang bagi perhatian pun,tetap sayang..siasat betul-betul selok-belok pkerjaan Abu..macam mana Abu bekerja..apa masalah yang dihadapi Abu..barulah mudah untuk faham masalah Abu....jangan asyik fkir yang Abu sudah tak sayang lagi kepada beliau..mungkin segala masalah yang Abu lalui mempunyai kaitan dengan masa depan diorang..sapa tahu kan..so, berfikir lah secara rasional..kerana satu hari nanti, mungkin Minah akan menyesal kerana telah memutuskan hubungan dengan Abu hanya kerana ketidakupayaan beliau memahami isi hati Abu..jangan hanya FAHAM di mulut, di hati kena FAHAM juga...

ok, so inilah analogi yang dapat aku buatkan untuk lu orang fahami apa yang aku perkatakan di awal2 post tadi...tidak susah untuk kita faham keadaan orang..buang segala pemikiran ke arah benda-benda negatif, muhasabah diri, dan percaya antara satu sama lain..insyaAllah kita akan diberi kemampuan tersebut..aku buat post nih pun untuk nak buat peringatan kepada lu orang sebab post nih memang based on my experince..haha.(.kantoiii )..tp apakan daya, yang berlalu, biarkan berlalu..barang yang lepas usah dikenang..huhu

dan disini juga aku ada sediakan satu sajak yang aku buat khas untuk orang yang tak reti nak faham dengan keadaan orang lain nih...aku buat sendiri nih..bukan kopipes..haha:)


Faham...
Satu ungkapan yang mudah difahami...
Tetapi sukar untuk mengerti....
Mengapa harus diriku jadi begini...
Kerna dirimu yang tidak memahami....

Sudah ku khabarkan berkali-kali...
Agar engkau cuba fahami...
Keadaan ini..
Kesukaran ini...
Sukarkah bagimu untuk mengerti?...

Mudah untuk melafazkan janji...
Cinta yang sehidup semati...
Tetapi jika tiada kefahaman di hati....
Segalanya pasti tinggal janji..

Ku akui hatiku sangat merindui...
Dirimu yang tinggalkanku sendiri..
Tetapi  jika sukar bagimu memahami...
Aku rela jadi begini.....


Karya asli dari Putera FarhanShah...

No comments:

Post a Comment