Friday, 17 August 2012

Cuti vs Assignment

Assalamualaikum wbt ....y'all sekalian...
Selamat bercuti kepada lu orng semua yang aku percaya sedang seronok beronok menikmati cuti-cuti Malaysia ni dan ditambah pula dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba...
Mesti excited kan nak raya...baju, seluar, kasut, shawl, songkok, dah sedia ker lu orang??
Klau x beli lagi, aku rasa lu orang masih belum terlambat lagi..cepat2 la gerak g uptown or expo raya at tempat lu orang..aku percaya, time2 sekarang nih memang lu orang boleh dapat harga yang murah2 beb...almaklumlah, dah nak hbis puasa, mesti abang2 kedai tuh nak habiskan stok barang diorang..so, moh ler g expo..haha



Ok2.balik kepada topik asal kita....

Aku percaya most of lu orang mesti dapat cuti 1 minggu untuk raya nih....dan aku juga percaya yang lecterur lu orang pasti xakan senang untuk melihat lu orang berelex2 sepanjang cuti ni kan2???dan disebabkan diorang jeles ngn lu orang, maka diorang telah melambak2kan kerja yang lu orang perlu siapkan sepanjang cuti raya lu orang yang x seberapa nih...kan2??hhhaha
Kalau jawapan lu orang YA, keadaan lu orang dengan aku boleh dianggap sama y'all..
Aku pun banyak kerja/assignment yang perlu disiapkan sepanjang cuti nih...dan aku juga berani untuk mengatakan yang cuti aku kali ini bukanlah cuti untuk beraya..cuti aku kali nih seolah2 cuti untuk menyiapkan assignment semata2...warrrgggghhhhh!!!!!<---- macam ni feel klau assignment menimbun2..


" Sejuk Mata Memandang" la sangat...huhu


So, disebabkan oleh kerja2 yang diberi lecterur banyak sangat, terpaksa la aku mengehadkan tempoh untuk aku menyambut hari kemenangan yakni hari raya Aidilfitri supaya aku sempat duduk di hadapan lappy dan buat semua kerja yang diberi..kalau difikr2kan balik, memang xmemadai kalau cuti yang xseberapa nih dihujani pelbagai assignment yang perlu disiapkan..
Tapi apakan daya, aku nih masih beljar..terpaksa la aku terima yang inilah salah satu daripada proses dalam pembelajaran..redha ja laa....bak kata P.Ramlee " Sabo je Labu"....
So, buat lu orang yang situasi nya lebih kurang sama dengan situasi aku, pastikan yang lu orang cuba hadkan masa untuk lu orang bersuka ria dan membuat tugasan....cuba untuk tetapkan berapa hari lu orang nak berseronok BERAYA ...aku rasa cukup sekadar 3 hari untuk lu orang enjoy raya sepuas2nya..lepas dari 3 hari, stopkan semua aktiviti enjoying lu orang dan tumpukan 110% terhadap assignment lu orang..
Yess!! aku faham perasaan lu orang yang memberontak meraung tak puas hati dengan apa yang diberi...
Tapi cuba redhakan diri dan cuba sedar yang diri tuh seorang pelajar....cuba sedar balik apa matlamat lu orang belajar..insyaAllah semua perasaan geram, tension, resah akan hilang...sama-sama kita cuba ea...hehehe...gud luck y'all...

Assalamualaikum wbt...:)

Wednesday, 15 August 2012

Iftar bersama the "Historian"

Assalamualaikum wbt..y 'all....
Nampaknya hanya tinggal kira-kira dua hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadhan yang penuh barakah ini meninggalkan kita dan bulan Syawal yang dinantikan akan tiba...jauh di sudut hati merasakan berat dan sedih untuk membiarkan bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini meninggalkan diri ini di kala diri ini dibayangi persoalan adakah sempat untuk diri ini menghadapi bulan Ramadhan di tahun akan datang..mudah2han bulan Ramadhan pada kali ini merupakan bulan Ramadhan yang terbaik yang pernah aku hadapi sepanjang hidup ini...Amin ya Rabbal alaminn...

Sempena bakal berakhirnya bulan Ramadhan ini juga, aku dan semua classmate sempat untuk mengadakan iftar beramai-ramai bersama mentor tersayang di Restoran Dusun Permai , Jitra semalam yang mana program ini dah lama dirancang dan Alhamdulillah semalam, segalanya berjalan dengan lancar...
Walaupun kami tidak berkesempatan untuk berbuka di Restoran "d'Bendang" ( ikut perancangan awal tapi malangnya tempahan untuk semalam penuh ) , kami semua tetap berpuas hati dengan juadah dan layanan yang diberikan oleh pihak restoran tersebut...juadah kami xda la semewah hidangan di buffet di hotel2 terkemuka, tapi kami tetap berpuas hati sebab apa yang penting di kala perut tengah lapar ialah kami semua 'kenyang'..hehehe

Muka ceria kekenyangan :)
Mentor Tersayang ( Pn Faty) tengah


Selepas berbuka (buah kurma+ air kosong) dan solat di bilik, kami semua terus gerak ke restoran yang hanya mengambil masa kira2 10 minit jaraknya dari kolej kediaman..saja plan untuk makan selepas waktu berbuka dan solat untuk memberikan kami ruang dan masa untuk lepak-lepak..takut jugak kalau terlalu asyik melepak sampai terlepas waktu maghrib...so, plan yang kami buat nih memang betul..selepas makan, boleh lepak-lepak sambil beramah mesra dengan classmate..tanpa perlu kejar masa dan segala bagai..aceceeee..haha..siap sempat-sempat posing2 bergambar lagi untuk kenang2ngan..

We Are Historian!! ( Yg Bermisai macam Johny Depp tuh la aku) hahaha:)



Dan apa yang penting pada malam semalam ialah, iftar nih sedikit-sebanyak telah dapat menambah eratkan lagi hubungan silaturrahim antara classmate dan mentor kami yang sememangnya telah rapat sebelum nih dan semuanya happy2 xterkata...( yela, bak kata pantun melayu, gendang gendut, tali kecapi, kenyang perut, suka hati)...:)

Assalamualaikum wbt...:)

Tuesday, 14 August 2012

Mesej dari "Inspirator"

Assalamualaikum wbt....y'all...
Alangkah gembira dan bangganya aku apabila post aku di blog ini mengenai someone yang telah memberi aku inspirasi dalam menceburi diri dalam bidang blogging ini telah mendapat respon yang positif daripada tuan empunya badan sendiri...so, dengan autoriti yang ada pada aku di blog ini,aku dengan rasa bangganya nak share ngn lu orang..hehehe


ohhseemmmmm!!!:)


Ye la, siapa yang tak bangga kalau apa yang lu orang tulis mengenai someone yang lu orang anggap seperti ikon lu orang untk berjaya dalam sesebuah bidang, diberi respon yang baik oleh orang tersebut...of course la situasi ni akan menambahkan lagi semangat dan menaikkan lagi lu orang punya spirit untuk terus bergiat maju..hehe..

Thank you kak Maria Elena kerana telah memberi respon yang positif mengenai penulisan saya tentang kak Maria dalam blog saya yang bbaru suam-suam kuku ni..seriusly, respon daripada kak Maria telah meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus berblogging..hehe:)

Assalamualaikum wbt...yeah...:)

Monday, 13 August 2012

Faham...

Assalamualaikum wbt ... y'all sekalian...
Lu orang faham ker tajuk entry nih??hahaha....
Aku tahu misti banyak persepsi or tanggapan dari lu orang terhadap tajuk entry kali ni kan..
Ok..entry kali nih aku nak cerita mengenai satu perkataan yang semua orang boleh faham perkataan tetapi tidak semua dapat memahami ertinya..." FAHAM"...
yer,kadang2 mudah untuk kita kata yang kita nih faham akan situasi sesuatu benda yang orang lain hadapi tetapi kenyataanya, kita xpernah memahaminya...



Sebagai contoh seorang lelaki nih bersungguh-sungguh mengaku yang dia tuh sangat memahami isi hati kekasihnya walhal sebenarnya dia tidak memahami apa yang terbuku tersebut...
Perkara sangat biasa terjadi kepada sesiapa sahaja terutama kepada pasangan kekasih atau suami isteri...
Kenapa perkara macam nih boleh berlaku?
Pada pendapat aku, perkara nih boleh terjadi adalah disebabkan kita tidak bersungguh-sungguh meletakkan diri kita dalam situasi orang yang kita perlu faham tuh...
Contoh nya si Abu sedang hadapi masalah tekanan kerja di pejabat...Aweknya si Minah yang tahu akan masalah Abu tuh beritahu Abu bahawa dia faham akan masalah Abu...tetapi dalam masa yang sama, Minah tetap memberi tekanan kepada Abu likes sering ajak keluar dating, membebel, and sebagainya...padahal Abu memang sedang menghadapi masalah yang menyebabkan dia xdapat menuruti kehendak Minah...
disebabkan Abu terlepas pandang (tidak sengaja) akan perhatian yang perlu dia berikan kepada Minah, Minah terus menuduh Abu bahawa Abu sudah tidak sayang lagi kepadanya dan terus meminta hubungan mereka yang terjalin sejak sekian lama diputuskan begitu sahaja hanya disebabkan perkara tersebut...
Benda nih sebenarnya xakan jadi seperti keadaan Minah dan Abu sekiranya Minah benar-benar meletakkan diri beliau dalam situasi Abu...cuba fahami dengan betul-betul masalah Abu..beri Abu masa untuk menyelesaikan masalahnya..Minah tidak boleh terburu-buru menuduh bahawa Abu sudah tidak sayang kepad beliau hanya kerana kurang memberi perhatian kepada beliau...sayang bukan terletak kepada sejauhmana kita memberi perhatian kepada seseorang, sayang terletak di hati..kalau hati kata sayang, even kurang bagi perhatian pun,tetap sayang..siasat betul-betul selok-belok pkerjaan Abu..macam mana Abu bekerja..apa masalah yang dihadapi Abu..barulah mudah untuk faham masalah Abu....jangan asyik fkir yang Abu sudah tak sayang lagi kepada beliau..mungkin segala masalah yang Abu lalui mempunyai kaitan dengan masa depan diorang..sapa tahu kan..so, berfikir lah secara rasional..kerana satu hari nanti, mungkin Minah akan menyesal kerana telah memutuskan hubungan dengan Abu hanya kerana ketidakupayaan beliau memahami isi hati Abu..jangan hanya FAHAM di mulut, di hati kena FAHAM juga...

ok, so inilah analogi yang dapat aku buatkan untuk lu orang fahami apa yang aku perkatakan di awal2 post tadi...tidak susah untuk kita faham keadaan orang..buang segala pemikiran ke arah benda-benda negatif, muhasabah diri, dan percaya antara satu sama lain..insyaAllah kita akan diberi kemampuan tersebut..aku buat post nih pun untuk nak buat peringatan kepada lu orang sebab post nih memang based on my experince..haha.(.kantoiii )..tp apakan daya, yang berlalu, biarkan berlalu..barang yang lepas usah dikenang..huhu

dan disini juga aku ada sediakan satu sajak yang aku buat khas untuk orang yang tak reti nak faham dengan keadaan orang lain nih...aku buat sendiri nih..bukan kopipes..haha:)


Faham...
Satu ungkapan yang mudah difahami...
Tetapi sukar untuk mengerti....
Mengapa harus diriku jadi begini...
Kerna dirimu yang tidak memahami....

Sudah ku khabarkan berkali-kali...
Agar engkau cuba fahami...
Keadaan ini..
Kesukaran ini...
Sukarkah bagimu untuk mengerti?...

Mudah untuk melafazkan janji...
Cinta yang sehidup semati...
Tetapi jika tiada kefahaman di hati....
Segalanya pasti tinggal janji..

Ku akui hatiku sangat merindui...
Dirimu yang tinggalkanku sendiri..
Tetapi  jika sukar bagimu memahami...
Aku rela jadi begini.....


Karya asli dari Putera FarhanShah...

Saturday, 11 August 2012

Hot Tip #1 ( Shopping Raya )

Assalamualikum wbt dan selamat berpuasa ...y'all....
Ok,hari ini aku nak berkongsi sedikit tip2 yang aku rasa relevan jugak untuk aku kongsikan dengan lu orang semua...tip yang aku nak kongsi ni adalah berkenaan "shopping baju raya"...
ye la, bersempena dengan musim raya nih, mesti sekarang lu orang tgah sibuk untuk membeli baju,seluar,kain, kasut , tilam, langsir or apa2 lagi lah yg pastinya akan digunakan semasa raya nanti..
So, untuk pastikan apa yang lu orang akan beli tuh memberikan kepuasan kpd hati lu orang, aku nak kongsi sedikitlah tip2 buat lu orang semua ambil dan jadikan panduan..khususnya untuk golongan yang mahu berjimat cermat nih..or in another word, set2 yang rasa raya hanya 1 hari, so buat apa belanja lebih2..cukup sekadar cukup jer,..haha

Shopping time!!!



Step # 1
Pastikan betul-betul barang apa yang lu orang nak beli. Sebelum keluar rumah, set siap2 dalam kepala otak tuh apa barang yang lu orang mahu beli contohnya baju melayu, baju kebaya, baju kurung, baju casual, seluar casual, sandal, kasut dan manymore lagi lah..kalau boleh,listkan dalam kertas kecil barang yang nak dibeli..dan pastikan beli apa yang dilistkan tuh dan jangan sesekali beli benda-benda yang lu orang x listkan tuh..bukan apa, ini just untuk pastikan yang bajet lu orang tak lari time habis bershopping nanti..hehe

Step # 2
Ok..barang yang nak shopping dah disenaraikan..so langkah seterusnya adalah letakkan bajet yang lu orang peruntukkan untuk beli semua kelengkapan raya lu orang..lebih kurang bajet kasar la..contohnya dalam 300-400..dan pastikan bila dah letak bajet tuh, lu orang guna sekadar guna bajet yang lu orang letakkan tuh..ye la, kan nak berjimat..kena la ikut stail nak berjimat..huhu

Step # 3
Bajet dah set..so, sekarang pastikan yang lu orang ada duit sebanyak bajet lu orang..hehehehe

Step # 4
Apabila dah sampai ke destinasi shopping lu orang, pastikan lu orang beli satu persatu barang keperluan lu orang step by step..kalau lu orang mula-mula nak beli kasut,pastikan lu orang just cari kasut dulu smpai jumpa and then baru pergi cari barang laen...so, bila bershopping mestilah ikut step by step ea...

Lelong lelong lelong!!!!



Step # 5

Bila dah jumpa barang yang lu orang nak beli, tanya dulu harga and buat rundingan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang seminimum mungkin ( stail nih hanya sesuai di expo2 shaja ea tuan2) ...apabila dah tahu harga barang tersebut di satu kedai, tunggu dulu..jangan terus beli..teruskan survey di kedai2 lain dan lakukan step yang sama di setiap kedai sampailah anda boleh mmbuat pilihan yang bijak untuk mmbeli barang tersebut di kedai yang menawarkan harga yng terbaek..bukan apa, ini hanya untuk mengelakkan timbul ketidakpuasa hati apabila anda terlihat barang yang sama seperti barang yang lu orang beli dijual dengan harga yang lebih murah di kedai lain..sentap kott..haha..bila dah settle, boleh la teruskan dengan membeli barangan yang lain pulak dan jangan lupa skill yang sama..huhu

Step # 6
Ok,bila lu orang dah settle membeli satu barang yang lu orang hajatkan, teruskan dengan membeli barang yang seterusnya..jangan usha2 lagi barang yang u olls dah beli tuh di mana2 kedai takut nanti akan timbul rasa xpuas hati sebab lu orang terjumpa sesuatu barang tuh lebih cantik or bagus dari barang yang lu orang dah beli ..confirm akan rasa xpuas hati punya..so,elakkan dari melihat atau membelek2 barang yang anda dah beli tuh..just tumpukan perhatian kat barang yang lu orang belum beli lagi..ok..

Step # 7
Apabila semua barang yang lu orang hajatkan dah terbeli, tolong kawal nafsu lu orang daripada membeli barang yang tiada dalam list lu orang melainkan adanya lebihan daripada bajet yang lu orang sediakan awal2..cuba la kawal nafsu tuh..kata nak berjimat, kena la pandai untuk kawal nafsu dari membeli barang yang tak sepatutnya..(untuk orang yang nak berjimat khususnya golongan student yang macam aku nih) hehe

Kawal nafsu tuh cik kiah, cik pah, cik mah cik jah hoiiii ~~~~


Step # 8
Setelah berjaya membeli semua barangan yang lu orang hajatkan, jangan lupa says " Alhamdulillah " sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana telah memberikan u olls kesempatan untuk beraya dalam keadaan yang serba lengkap dengan adanya baju,kasut,seluar,selipar baharu..INGAT, masih ramai lagi yang beraya dalam serba kekurangan.."dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada"..hehehe..peace yaww

So, aku rasa tip-tip yang aku kongsi nih buleh la sedikit sebnyak menjadi panduan lu orang yang nak berjimat cermat berbelanja time shopping peralatan raya nanti..ye,aku mengaku parent kita memang ada sediakan duit untuk kita gunakan time shopping tapi apa salahnya kalau kita berjimat...banyak lagi manfaat lain kita akan dapat daripada hasil penjimatan kita tuh..insyaAllah....

Assalamualaikum wbt...




The End of Muqadimmah

Assalamualaikum wbt...y'all...
Ok,aku rasa sudah cukup rasanya untuk aku menulis about muqadimmah lagi...
bak kata orang utara " jadi sat " ...hahaha...
Then aku akan menulis blog nih seperti biasa tanpa berlandaskan skop muqadimmah lagi...
Aku tahu,boring jgk asyik tulis pasal muqadimmah jer..lu orang pun mesti akan boring jugak kan2??
So, dengan secara rasminya, aku akan tamatkan entry about 'muqadimmah' mulai hari ini....
Peaceee yawww.....
Assalamualaikum....

Thursday, 9 August 2012

"Sinar Ilmu di Utara"

Assalamualaikum wbt  y'all...
Pada post kali nih,kita berbalik kepada skop mukadimah lagi ea..hehehe..biasalah, baru2 lagi..kenalah bg u olls sbgai pembaca kenal ngn aku dulu..pujangga says " xkenal maka x cinta"..so, aku sedang dalam proses nk bg lu orang semua kenal aku lah even xdela kenal sgt pon kn...aceceeee..hehe
Ok..berbalik kepada topik utk post kali ni....aku nak share kan about tempat aku belajar a.k.a tempat aku menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi sekarang...
Aku ingat lagi pesanan cikgu sekolah rendah aku yg berbunyi " ingat ye anak2..walau di mana pun kita belajar,kita kena bangga dengan tempat kita belajar tu.."so, di sini aku ingin mengikut apa yg telah beliau pesan kat aku 5-6 tahun dulu..ye aku tahu, even tmpat aku study sekarang xdala "se gah" or sefemes University of Malaya,UKM,USM,UUM, n UiTM , tp aku ttap bangga dapat melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi kat tmpat aku belajar sekarang....apa???nama tempat aku study??

Ok yea para pembaca sekalian...now, sy sedang  study di IPGM Kampus Darulaman.....apa itu IPGM???ye,sy tahu IPGM is not something yg femes kn..maka x hairan lah sekiranya anda,anda dan anda x tahu n xsedar akan kewujudan IPGM di muka bumi Malaysia ni..for ur informatioan, IPGM is acronim of Institut Pendidikan Guru Malaysia...dulu IPGM adalah Maktab Perguruan..lepas melalui proses evolusi pada tahun 2005, maka berubahlah ia daripada Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru..aku belajar di kampus Darulaman yg terletaknya di Kedah (dekat dgn rumah aku kot) hehe..Di tempat aku, ia lebih femes dengan panggilan IPDA..(Institut Perguruan Darulaman)..tempat aku belajar ni terletaknya di tepi highway utara-selatan...tempat aku stdy ni juga terkenal dengan nama jolokan " Kampus Sinar Ilmu di Utara" bertepatanlah dengan lokasi ipg aku yg berada di utara tanahair Malaysia..

Institut Perguruan Darulaman (IPDA)
Di sini aku mengikuti kursus PISMP ( Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ) bagi Major subjek Sejarah...lebih kurang cikgu sejarah la..(lebih kurang??) hehe..sebenarnya, aku xda la minat sgt utk jadi Guru pada awal aku msuk ke sini..myb lebih terikut2 dengan apa yg parents aku inginkan, so aku masuk la IPG nih..sebenarnya aku lebih minat ke arah bidang perhotelan n kulinari..lu orang tahu, sebelum aku msuk IPG aku hmpir2 ke UiTM utk smbung pengajian dalam bidang Hotel Management ..memang berkobar2 gila rasanya time tuh...tp apakan daya..myb takdir dah tertulis yg aku lebih sesuai utk menjadi guru, maka apabila tinggal kira2 lagi 3 hari sebelum aku mndaftarkan diri ke UiTM, keputusan permohonan aku untuk masuk IPG telah berjaya ( parent aku yg suruh aku try mntak IPG) dan mak n abah aku la org yang paling gembira di kala aku dah mmbayangkan karier aku sbgai bakal Chef or Manager Hotel pasti hanya akan tinggal impian sahaja...so disebabkan aku percaya bahawa kberkatan akan lebih sekiranya kita ikut apa yg parent kita nak, aku pun beralah dan aku buat kputusan utk masuk IPG.." cikgu pun cikgu la"....ayat ni selalu aku bermain2 kt fikiran aku time tu...btw, kputusan aku utk msuk IPG jga bukan dsebabkan parent aku ja...benda nih juga disebabkan aku memikirkan "buah hati" (skarang dah jadi EX ) aku..biasalah,time syg,apa2 pun snggup..so, ditambah dgn pemikiran aku yg terlebih futuristik pada ketika itulah, aku bt keputusan utk belajar di IPG..

Semasa aktif berkecimpung dalam bidang perHOTELAN dan KULINARI di sekolah

Alhamdulillah...kehidupan aku di IPG buat masa sekarang nih,baik2 sahaja...so,mmg berbaloi jgk la aku dtg masuk ke sini..lebih2 lagi di IPDA nih di mana segala kemudahan yg tersedia di sini sangat menyelesakan hidup aku terutama Kolej Kediaman lah..hehe..style belajar di sini pun aku suka...dah la bahasa pengantar Bhasa Melayu..mmg lauk la..xyah ssah2 belajar bahasa Inggeris yg mmg mnjadi kelemahan aku sejak kecil lagi..hehe...ditambah pula dgn subjek Minor ( Sampingan ) aku ialah PJK n Bm...so,xdela berat sgt utk aku follow subjek nih sbb kedua2nya aku minat...kiranya kehidupan di sini mmg besar rahmat la bagi aku ngn mmbe2 ku di sini ( tambahan, yuran free, elaun/biasiswa pun dapat,xda loan..hehe)


Tempat kebanggaanKu (Respect)
So, secara konklusinya ( bajet jer ayat konklusi nih) aku sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menetapkan aku belajar di sini dan telah mmberi pelbagai kesenangan kpd aku sepanjang aku berada di sini..( ada lagi 4 tahun utk aku habis belajar,harap2 keseronokan tuh kekal,,amin..)...dan dari hari ke hari,minat aku untuk menjadi Guru telah berjaya dipupuk dalam hati aku ni dan apa yg lebih menggembirakan ialah diri ni semakin berkobar2 utk pergi ke sekolah dan berjumpa ngn bakal2 murid aku nanti..hehe:)

Aku nak tegaskan di sini bahawa dalam gambar nih bukan Johnny Depp..ni gambar aku..Problem?hahaha

Majulah IPDA, Sinar Ilmu di Utara"





Terima kasih u ollss...Assalamualaikum wbt....

Mencari Lailatul Qadar :')

Assalamualaikum wbt  y'all...
Kita lupakan sebentar mengenai muqadimmah aku yg still belum sampai tempoh tamatnya lagi..hehe
Sekarang aku nak ajak lu orang semua untuk menghayati dan memahami apa itu malam lailatu qadar yang sangat dimuliakan Allah dan Rasullulah S.A.W...sempena dengan bulan puasa al-mubarak yg dah masuk fasa ke-3 ataupun 10 malam terakhir ini ( fasa ke 3 sering dikatakan tempoh masa berlakunya malam lailatul qadar) elok rasanya kita mantapkan pengetahuan kita mengenai malam lailatul qadar ini di samping kita dapat bersedia untuk menghadapi malam istimewa ini...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam akhir Ramadhan" ( Hadis Riwayat Aishah r.a )

Melalui penyataan hadis tersebut, dapatlah kita mengerti bahawa baginda Rasulullah sangat menyarankan umatnya supaya bersedia untuk menghadapi malam Lailatul Qadar di mana ia akan berlaku di malam sepuluh akhir bulan Ramadhan..Bersedia untuk apa kawan-kawan?? Semestinyalah bersedia dalam melakukan amal ibadat kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh dan tawadduk..lebih-lebih lagi di pertengahan malam dan dimulai dengan solat sunat tahajjud dan ibadat yang seterusnya.. hal ini kita dapat lihat di mana Rasulullah juga turut memperbanyakkan amalan ibadat pada malam sepuluh terakhir Ramadhan berdasarkan hadis-hadis sahih ini :

Carilah Malam Lailatul Qadar
" Adalah Nabi S.A.W beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain "  ( Hadis Riwayat Muslim )

" Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya ( tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus) " ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



Hal ini sangat disarankan baginda kepada umatnya adalah kerana malam Lailatul Qadar merupakan malam yang penuh keberkatan dan keampunan di mana pada malam Lailatul Qadar ini semua pintu syurga dan pintu doa (keampunan) di buka seluas-luasnya oleh Allah S.W.T untuk hamba-hambaNya bertaubat dan memohon pertolongan daripada-Nya. Malam ini juga merupakan malam yang sangat istimewa kepada umat Islam.

Firman Allah S.W.T :
Ertinya :  "Malam Al-Qadar adalah lebih baik baik dari seribu bulan " ( Al-Qadr : 2 )

Waktunya :
Para ulama seperti Syeikh Dr Yusof al - Qaradhawi menyebut bahawa tarikh malam Lailatul Qadar sengaja disembunyikan oleh Allah S.W.T agar umat manusia bersungguh-sungguh mencarinya. Pun begitu, ada disebutkan terdapat tanda-tanda kemunculan malam yang maha hebat ini.

Ianya seperti hari esoknya yang tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, matahari tidak memancarkan sinarnya dan bermacam lagi.


Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.



Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

So, sudahkah anda semua bersedia??? Walaupun kita tidak pasti bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar ini,tapi kita disarankan untuk menghidupkan ( beribadat ) pada keseluruhan malam sepuluh akhir Ramadhan untuk berasa lebih selamat dan tidak ragu-ragu.

Antara amalan yang disarankan :
  • Mandi, berpakaian indah, berharum-haruman
  • Melakukan solat sunat, iktikaf dan baca Al - Quran
  • Memperbanyakkan Doa


Jadi, selamat beramal semua..termasuklah saya sendiri...:)
Assalmualaikum wbt....

ps : saja saya guna bahasa ganti nama yg sopan untuk menghormati post2  yg berkenaan dgn keagamaan..:)

This person inspired me...

Assalamualaikum wbt y'all....
bertemu lagi kita di skop yg masih tidak lari dari muqadimmah..al maklum lah..masih baru lagi...(noob gile)..hehe..
ok...pada post kali nih,aku nak share sesuatu dengan lu orang semua....sesuatu nih,myb bg lu org xde apa2 sgt tp bagi aku,sesuatu yg aku nk share ni lah yg telah mengubah 360 degree persepsi aku mgenai blogging2 nih..ha...apa yg aku nak share ni adalah mengenai seorang blogger yg telah aku jdikan inspirasi utk aku menjayakan blog aku nih..tp aku bukan fans dia ok..dia x bagi sapa2 pun jadi fans dia..jd aku xboleh nk declare aku sbgai fans dia..huhu

Johnny Depp hehehe :)

al kisah maka tersebutlah kisah.....

dulu aku memang x da niat langsung utk mewujudkan blog segala bagai nih..tapi aku memang peminat setia ssetengah blog yg popular likes kemah kemin , kaki bising , faizal fredley dll..aku memang selalu lah melawat blog lejen2 nih time aku free...mcm2 informasi dan fantasi aku dapat daripada blog2 nih tapi aku still xberminat nak berblogging nih sebab time tuh aku fikir aku xda masa nak buat benda2 cmnih..sehinggalah tiba satu ketika di mana aku terbuka satu video/vlog kt youtube mngenai seorang perempuan nih..lgpun aku buka secara kebetulan jer sebab link video tuh,mmbe aku post kt fb..so aku pun click la utk play..dan tajuk video tersebut is word of the day-redundant ...mula2 tgok rsa cam pelik jgk..tp setelah berulang ( serius aku tgok byk kali jgk la) kali tgok,aku rasa best plak..best bukan sebab apa..best sebab tertarik ngn kepetahan beliau berspeaking dan sifat humorama yg ada pada beliau..hehe..dan pada akhir video tuh, beliau ada meletakkan link blog dia utk viewers melawat...

Inilah orangnya , Maria Elena

so,aku pun xmelepaskan peluang utk melawat ke blognya peliks.blogspot.com ...sejak hari tersebut,aku selalu kot melawat dia pnya blog dan baca entry2 terbaharu beliau ( bukan nak kipas beliau tapi betul) dari semasa ke semasa..dan apa yg terkandung dalam blog beliau, sangat menarik mata untuk membaca tanpa jemu ( kurang sikit ja feel dia dari layan 9gag) ditambah pula informasi2 serta video2 beliau yg selalu menggeletek hati setiap kali melihatnya..dan tak lupa juga kpd tagline beliau yang sangat ohseemm iaitu "assalamualikum,tak jawab dosa,kalau jawab,sayang.."gua tabik sama luuu kak Maria Elena ..hehehe


Ohhsemmm Kak Maria :)


setelah beberapa lama, mula la terdetik dalam kalbu utk aku berblogging likes her and blogger2 yg lain...dan sejak dari itu juga, aku mula mencari masa yg sesuai utk aku lahirkan blog nih sehinggalah pada hari ini di mana blog baharu aku nih berjaya juga dilahirkan di alam maya ini..semua ini adalah hasil daripada blog beliau yg telah aku jadikan inspirasi utk membina blog aku ni...to "the person who was inspired me" - thank you..:)


setakat ini dahulu post utk kali ini..terima kasih kerana membenarkan mata anda membacanya..;)
Assalamualaikum....

Kenapa? Kenapa? Kenapa ?

Asslamualaikum wbt...
Ok y,all ....bila tengok tajuk post nih, pasti lu orang akan rasa whyyyyyyyy??? haha...sebelum tuh, aku nak bgtahu siap2 yang post aku buat masa 3-4 hari nih masih lagi x lari dari skop 'muqadimmah' ataupun pengenalan..al maklumlah, blog baharu la katakan..( noob gila rasa) hehe..ok, back to topic sebenonyer...
Kenapa? Kenapa ? Kenapa ?
Tujuan aku buat post nih sebab aku nak jawab siap2 soalan2 or kemusykilan2 yang myb akan mengganggu fikiran lu orang mengenai apa2 sahaja yang berkaitan dengan blog baharu nih..(noob lagi) Even xtimbul langsung kemusykilan or soalan macam yg aku expect, biar lah aku nak buat post cmni pun..belog saya,suka hati i lerr..hehe..jgn maraa ea..:)
Ok..mari kita lihat sgala perkataan "kenapa" dan jawapannya..

Kenapa Lembaran Pena Hati ?
Firstly mengenai title blog nih..sebenarnya Lembaran Pena Hati dipilih sebagai nama blog nih    disebabkan tujuan sebenar aku buat blog nih..aku buat blog nih adalah untuk menulis apa sahaja yang aku rasa mahu tulis dan kongsi dengan u olls..semua nih utk kepuasan hati aku di kala dilanda keboringan atau kelapangan masa yang extreme..so, aku rasa nama nih sesuai dengan objektif utama aku buat blog nih...Lembaran = Kertas, Pena = Pen, Hati = Hati la ..so kalau ditranslatekan ke bahasa mudah faham, its macam kertas untuk menulis segala2 yg ada di hati mengikut kesukaan hati la..heheehe:)

Kenapa Putera FarhanShah? Asal nama keluarga ke atau keturunan raja2?
 Hahaha..yang ni lawak..acctually nama sebenar aku xda langsung perkataan Putera/Shah  nih..saja suka-suka hati aku letak nama cam tuh..nama sebenar2 aku farhan jer..(bukan nama penuh)..mesti lu orang bajet aku nih over segala bagai..haha..sebenarnya, aku ni terpengaruh sikit dengan cerita raja2 time zaman melaka dulu2..biasala,dah banyak sangat belajar subjek Sejarah, mcm ni la jdinya..haha,,akibat terpengaruh ngn semua tuh,maka nama ala-ala raja ni pun aku asimilasikan dalam nama aku di blog nih..hehehe

Kenapa ibnu-elyas.blogspot.com?
Disebabkan aku merupakan putera/anak kepada Yang Amat Mulia En Elyas bin Hamid, maka aku letak jugaklah nama beliau sebagai simbol penghormatan aku kepada kewibawaan beliau dalam menjadi seorang abah..ini x bermakna aku x hormat/sayang kpd mak aku ea..dua2 aku sayang..

Kenapa bahasa Farhan seperti ala2 gangster? aku la..lu orang la..puiii....
 Ok..aku akui " Bahasa Menunjukkan Bangsa"..baik bahasa, baik jugalah pekertinya..tapi x bermakna kalau aku gunakan bahasa ganti nama macam ni aku x punya adab dan susila..aku just nak jadi diri aku yang sebenar,.bahasa yg aku gunakan mmg mcm nih..nampak kasar walhal sebenarnya tidakkkk...biasalah orang utara..mmg mcam nih..bunyinya kasar sedikit..tapi seriuss x da langsung niat nak berkasar ngn u ollss..hehe..so be urself ea..:)

Kenapa baru sekarang nak berblogging? Benda nih dah lama wujud..Asal noob sgt?
Haha..sebenarnya aku dah tahu lama ttg kemunculan benda2 blog nih..cuma sebelum nih aku x minat sangat nak buat blog nih,..hinggalah tiba di satu ketika, aku terbuka blog seorang insan yg tlah mengubah segala2 nya persepsi aku mengenai dunia blogging nih..nanti aku story dgn 
lebih detail ea..:)
Selamat Berbuka Puasa y'all - Johnny Depp :P

ok...dah terjawabkan???? apa??? aku x tulis psal soalan yg lu orang nak tanya?? sorii....tiba2 aku rasa xlarat nak tulis banyak2,...haha..ok..anyway...gud bye..selamat berbuka puasa y'all...:)

Muqadimmah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....akhir nya, ter'buat' juga blog aku nih..even dah lama aku rancang tp xbkesempatan pulak nak duduk depan lappy n create benda nih..alih2,bulan ramadhan yang barakah ini juga la aku diberi kesempatan untuk membuat satu tempat aku melontarkan segala apa yang aku suka untuk kepuasan diri aku dan untuk berkongsi apa yg boleh aku kongsi dgn u olls selaku pembaca sekalian....



Ramai orang kata muka mamat nih iras2 aku..so aku letak pic mamat nih dulu la sebagai muQadimmah pengenalan diri aku ea..HAHAHA



Adioossss...Amigoossss....:)