Saturday, 1 September 2012

Syawalku di 2012

Assalamualaikum wbt ...y'all....
Nampaknya, dah lama benoo aku x update aku pnya blog yang masih baru suam2 kuku nih...hahaha
maybe sebab aku terlampau busy sgt kot sampai xda masa untuk aku menghadap lappy and tulis apa yang aku suka...persiapan raya, raya, assignment lagi, n aktiviti2 kampus lagi yang nak kena handle, pergghhhh...memang xda masa laaa..
Anyway...
Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd lu orang..even dah masuk raya ke 15, tp aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan..kan ni masih bulan syawal..hehe

Acctually Syawalku pada tahun ini, agak muram...xmacam yang lepass..
Muram x bermaksud aku x menikmati hari kemenangan yang penuh kemuliaan ni...
Maksud aku, rayaku pada tahun ini x seberapa indah tahun-tahun yang lepas..dah x semeriah tahun-tahun lepas.,,dah x seligat tahun-tahun lepas menunggang motosikal mengelilingi bandar Jitra p beraya ke rumah orang...dah x seceria tahun-tahun lepas melawat rumah rakan-rakan dan sahabt handai di rumah mereka..dah x seindah tahun-tahun lepas menziarahi rumah mak ngah, mak njang, mak chaq n adik beradik yang laen...dah x sekenyang tahun-tahun lepas makan segala juadah raya di setiap rumah yang aku singgah...dan dah x sekaya tahun-tahun lepas mendapat kutipan duit raya yang boleh shopping macam2..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin - Putera Farhan


Aku pun x tahu di mana salah silapnya rayaku tahun nih...mungkin ni adalah proses aku melangkah ke alam dewasa..ye la, hari2 raya ni, kanak-kanak la yang paling suka sekali...serius aku dapat bezakan feel aku semasa aku masih comel2 menjadi budak2 dan feel aku sekrang..memang lain sangat...tp macam yang aku kata tadi, mungkin ini adalah proses..myb, raya2 akan datang ( InsyaAllah ) aku akan biasa dengan keadaan seperti raya tahun ini..

Btw, walaupun Aidilfitri aku pada tahun ini agak muram, tapi aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari di Aidilfitri kali ni..aku bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibu-bapa aku yang paling aku kasihi di dunia yang fana ini...masih diberi kesempatan untuk bermaaf-maafan dengan sanak saudara,para pensyarah,  rakan-rakan, dan jiran-jiran aku di kampung..aku bersyukur...:)
Terima Kasih Allah~~~~Alhamdulillah~~~

Sekian dulu sampai setakat ini....
Assalamualikum....:)

Friday, 17 August 2012

Cuti vs Assignment

Assalamualaikum wbt ....y'all sekalian...
Selamat bercuti kepada lu orng semua yang aku percaya sedang seronok beronok menikmati cuti-cuti Malaysia ni dan ditambah pula dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba...
Mesti excited kan nak raya...baju, seluar, kasut, shawl, songkok, dah sedia ker lu orang??
Klau x beli lagi, aku rasa lu orang masih belum terlambat lagi..cepat2 la gerak g uptown or expo raya at tempat lu orang..aku percaya, time2 sekarang nih memang lu orang boleh dapat harga yang murah2 beb...almaklumlah, dah nak hbis puasa, mesti abang2 kedai tuh nak habiskan stok barang diorang..so, moh ler g expo..haha



Ok2.balik kepada topik asal kita....

Aku percaya most of lu orang mesti dapat cuti 1 minggu untuk raya nih....dan aku juga percaya yang lecterur lu orang pasti xakan senang untuk melihat lu orang berelex2 sepanjang cuti ni kan2???dan disebabkan diorang jeles ngn lu orang, maka diorang telah melambak2kan kerja yang lu orang perlu siapkan sepanjang cuti raya lu orang yang x seberapa nih...kan2??hhhaha
Kalau jawapan lu orang YA, keadaan lu orang dengan aku boleh dianggap sama y'all..
Aku pun banyak kerja/assignment yang perlu disiapkan sepanjang cuti nih...dan aku juga berani untuk mengatakan yang cuti aku kali ini bukanlah cuti untuk beraya..cuti aku kali nih seolah2 cuti untuk menyiapkan assignment semata2...warrrgggghhhhh!!!!!<---- macam ni feel klau assignment menimbun2..


" Sejuk Mata Memandang" la sangat...huhu


So, disebabkan oleh kerja2 yang diberi lecterur banyak sangat, terpaksa la aku mengehadkan tempoh untuk aku menyambut hari kemenangan yakni hari raya Aidilfitri supaya aku sempat duduk di hadapan lappy dan buat semua kerja yang diberi..kalau difikr2kan balik, memang xmemadai kalau cuti yang xseberapa nih dihujani pelbagai assignment yang perlu disiapkan..
Tapi apakan daya, aku nih masih beljar..terpaksa la aku terima yang inilah salah satu daripada proses dalam pembelajaran..redha ja laa....bak kata P.Ramlee " Sabo je Labu"....
So, buat lu orang yang situasi nya lebih kurang sama dengan situasi aku, pastikan yang lu orang cuba hadkan masa untuk lu orang bersuka ria dan membuat tugasan....cuba untuk tetapkan berapa hari lu orang nak berseronok BERAYA ...aku rasa cukup sekadar 3 hari untuk lu orang enjoy raya sepuas2nya..lepas dari 3 hari, stopkan semua aktiviti enjoying lu orang dan tumpukan 110% terhadap assignment lu orang..
Yess!! aku faham perasaan lu orang yang memberontak meraung tak puas hati dengan apa yang diberi...
Tapi cuba redhakan diri dan cuba sedar yang diri tuh seorang pelajar....cuba sedar balik apa matlamat lu orang belajar..insyaAllah semua perasaan geram, tension, resah akan hilang...sama-sama kita cuba ea...hehehe...gud luck y'all...

Assalamualaikum wbt...:)

Wednesday, 15 August 2012

Iftar bersama the "Historian"

Assalamualaikum wbt..y 'all....
Nampaknya hanya tinggal kira-kira dua hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadhan yang penuh barakah ini meninggalkan kita dan bulan Syawal yang dinantikan akan tiba...jauh di sudut hati merasakan berat dan sedih untuk membiarkan bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini meninggalkan diri ini di kala diri ini dibayangi persoalan adakah sempat untuk diri ini menghadapi bulan Ramadhan di tahun akan datang..mudah2han bulan Ramadhan pada kali ini merupakan bulan Ramadhan yang terbaik yang pernah aku hadapi sepanjang hidup ini...Amin ya Rabbal alaminn...

Sempena bakal berakhirnya bulan Ramadhan ini juga, aku dan semua classmate sempat untuk mengadakan iftar beramai-ramai bersama mentor tersayang di Restoran Dusun Permai , Jitra semalam yang mana program ini dah lama dirancang dan Alhamdulillah semalam, segalanya berjalan dengan lancar...
Walaupun kami tidak berkesempatan untuk berbuka di Restoran "d'Bendang" ( ikut perancangan awal tapi malangnya tempahan untuk semalam penuh ) , kami semua tetap berpuas hati dengan juadah dan layanan yang diberikan oleh pihak restoran tersebut...juadah kami xda la semewah hidangan di buffet di hotel2 terkemuka, tapi kami tetap berpuas hati sebab apa yang penting di kala perut tengah lapar ialah kami semua 'kenyang'..hehehe

Muka ceria kekenyangan :)
Mentor Tersayang ( Pn Faty) tengah


Selepas berbuka (buah kurma+ air kosong) dan solat di bilik, kami semua terus gerak ke restoran yang hanya mengambil masa kira2 10 minit jaraknya dari kolej kediaman..saja plan untuk makan selepas waktu berbuka dan solat untuk memberikan kami ruang dan masa untuk lepak-lepak..takut jugak kalau terlalu asyik melepak sampai terlepas waktu maghrib...so, plan yang kami buat nih memang betul..selepas makan, boleh lepak-lepak sambil beramah mesra dengan classmate..tanpa perlu kejar masa dan segala bagai..aceceeee..haha..siap sempat-sempat posing2 bergambar lagi untuk kenang2ngan..

We Are Historian!! ( Yg Bermisai macam Johny Depp tuh la aku) hahaha:)



Dan apa yang penting pada malam semalam ialah, iftar nih sedikit-sebanyak telah dapat menambah eratkan lagi hubungan silaturrahim antara classmate dan mentor kami yang sememangnya telah rapat sebelum nih dan semuanya happy2 xterkata...( yela, bak kata pantun melayu, gendang gendut, tali kecapi, kenyang perut, suka hati)...:)

Assalamualaikum wbt...:)

Tuesday, 14 August 2012

Mesej dari "Inspirator"

Assalamualaikum wbt....y'all...
Alangkah gembira dan bangganya aku apabila post aku di blog ini mengenai someone yang telah memberi aku inspirasi dalam menceburi diri dalam bidang blogging ini telah mendapat respon yang positif daripada tuan empunya badan sendiri...so, dengan autoriti yang ada pada aku di blog ini,aku dengan rasa bangganya nak share ngn lu orang..hehehe


ohhseemmmmm!!!:)


Ye la, siapa yang tak bangga kalau apa yang lu orang tulis mengenai someone yang lu orang anggap seperti ikon lu orang untk berjaya dalam sesebuah bidang, diberi respon yang baik oleh orang tersebut...of course la situasi ni akan menambahkan lagi semangat dan menaikkan lagi lu orang punya spirit untuk terus bergiat maju..hehe..

Thank you kak Maria Elena kerana telah memberi respon yang positif mengenai penulisan saya tentang kak Maria dalam blog saya yang bbaru suam-suam kuku ni..seriusly, respon daripada kak Maria telah meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus berblogging..hehe:)

Assalamualaikum wbt...yeah...:)

Monday, 13 August 2012

Faham...

Assalamualaikum wbt ... y'all sekalian...
Lu orang faham ker tajuk entry nih??hahaha....
Aku tahu misti banyak persepsi or tanggapan dari lu orang terhadap tajuk entry kali ni kan..
Ok..entry kali nih aku nak cerita mengenai satu perkataan yang semua orang boleh faham perkataan tetapi tidak semua dapat memahami ertinya..." FAHAM"...
yer,kadang2 mudah untuk kita kata yang kita nih faham akan situasi sesuatu benda yang orang lain hadapi tetapi kenyataanya, kita xpernah memahaminya...



Sebagai contoh seorang lelaki nih bersungguh-sungguh mengaku yang dia tuh sangat memahami isi hati kekasihnya walhal sebenarnya dia tidak memahami apa yang terbuku tersebut...
Perkara sangat biasa terjadi kepada sesiapa sahaja terutama kepada pasangan kekasih atau suami isteri...
Kenapa perkara macam nih boleh berlaku?
Pada pendapat aku, perkara nih boleh terjadi adalah disebabkan kita tidak bersungguh-sungguh meletakkan diri kita dalam situasi orang yang kita perlu faham tuh...
Contoh nya si Abu sedang hadapi masalah tekanan kerja di pejabat...Aweknya si Minah yang tahu akan masalah Abu tuh beritahu Abu bahawa dia faham akan masalah Abu...tetapi dalam masa yang sama, Minah tetap memberi tekanan kepada Abu likes sering ajak keluar dating, membebel, and sebagainya...padahal Abu memang sedang menghadapi masalah yang menyebabkan dia xdapat menuruti kehendak Minah...
disebabkan Abu terlepas pandang (tidak sengaja) akan perhatian yang perlu dia berikan kepada Minah, Minah terus menuduh Abu bahawa Abu sudah tidak sayang lagi kepadanya dan terus meminta hubungan mereka yang terjalin sejak sekian lama diputuskan begitu sahaja hanya disebabkan perkara tersebut...
Benda nih sebenarnya xakan jadi seperti keadaan Minah dan Abu sekiranya Minah benar-benar meletakkan diri beliau dalam situasi Abu...cuba fahami dengan betul-betul masalah Abu..beri Abu masa untuk menyelesaikan masalahnya..Minah tidak boleh terburu-buru menuduh bahawa Abu sudah tidak sayang kepad beliau hanya kerana kurang memberi perhatian kepada beliau...sayang bukan terletak kepada sejauhmana kita memberi perhatian kepada seseorang, sayang terletak di hati..kalau hati kata sayang, even kurang bagi perhatian pun,tetap sayang..siasat betul-betul selok-belok pkerjaan Abu..macam mana Abu bekerja..apa masalah yang dihadapi Abu..barulah mudah untuk faham masalah Abu....jangan asyik fkir yang Abu sudah tak sayang lagi kepada beliau..mungkin segala masalah yang Abu lalui mempunyai kaitan dengan masa depan diorang..sapa tahu kan..so, berfikir lah secara rasional..kerana satu hari nanti, mungkin Minah akan menyesal kerana telah memutuskan hubungan dengan Abu hanya kerana ketidakupayaan beliau memahami isi hati Abu..jangan hanya FAHAM di mulut, di hati kena FAHAM juga...

ok, so inilah analogi yang dapat aku buatkan untuk lu orang fahami apa yang aku perkatakan di awal2 post tadi...tidak susah untuk kita faham keadaan orang..buang segala pemikiran ke arah benda-benda negatif, muhasabah diri, dan percaya antara satu sama lain..insyaAllah kita akan diberi kemampuan tersebut..aku buat post nih pun untuk nak buat peringatan kepada lu orang sebab post nih memang based on my experince..haha.(.kantoiii )..tp apakan daya, yang berlalu, biarkan berlalu..barang yang lepas usah dikenang..huhu

dan disini juga aku ada sediakan satu sajak yang aku buat khas untuk orang yang tak reti nak faham dengan keadaan orang lain nih...aku buat sendiri nih..bukan kopipes..haha:)


Faham...
Satu ungkapan yang mudah difahami...
Tetapi sukar untuk mengerti....
Mengapa harus diriku jadi begini...
Kerna dirimu yang tidak memahami....

Sudah ku khabarkan berkali-kali...
Agar engkau cuba fahami...
Keadaan ini..
Kesukaran ini...
Sukarkah bagimu untuk mengerti?...

Mudah untuk melafazkan janji...
Cinta yang sehidup semati...
Tetapi jika tiada kefahaman di hati....
Segalanya pasti tinggal janji..

Ku akui hatiku sangat merindui...
Dirimu yang tinggalkanku sendiri..
Tetapi  jika sukar bagimu memahami...
Aku rela jadi begini.....


Karya asli dari Putera FarhanShah...

Saturday, 11 August 2012

Hot Tip #1 ( Shopping Raya )

Assalamualikum wbt dan selamat berpuasa ...y'all....
Ok,hari ini aku nak berkongsi sedikit tip2 yang aku rasa relevan jugak untuk aku kongsikan dengan lu orang semua...tip yang aku nak kongsi ni adalah berkenaan "shopping baju raya"...
ye la, bersempena dengan musim raya nih, mesti sekarang lu orang tgah sibuk untuk membeli baju,seluar,kain, kasut , tilam, langsir or apa2 lagi lah yg pastinya akan digunakan semasa raya nanti..
So, untuk pastikan apa yang lu orang akan beli tuh memberikan kepuasan kpd hati lu orang, aku nak kongsi sedikitlah tip2 buat lu orang semua ambil dan jadikan panduan..khususnya untuk golongan yang mahu berjimat cermat nih..or in another word, set2 yang rasa raya hanya 1 hari, so buat apa belanja lebih2..cukup sekadar cukup jer,..haha

Shopping time!!!



Step # 1
Pastikan betul-betul barang apa yang lu orang nak beli. Sebelum keluar rumah, set siap2 dalam kepala otak tuh apa barang yang lu orang mahu beli contohnya baju melayu, baju kebaya, baju kurung, baju casual, seluar casual, sandal, kasut dan manymore lagi lah..kalau boleh,listkan dalam kertas kecil barang yang nak dibeli..dan pastikan beli apa yang dilistkan tuh dan jangan sesekali beli benda-benda yang lu orang x listkan tuh..bukan apa, ini just untuk pastikan yang bajet lu orang tak lari time habis bershopping nanti..hehe

Step # 2
Ok..barang yang nak shopping dah disenaraikan..so langkah seterusnya adalah letakkan bajet yang lu orang peruntukkan untuk beli semua kelengkapan raya lu orang..lebih kurang bajet kasar la..contohnya dalam 300-400..dan pastikan bila dah letak bajet tuh, lu orang guna sekadar guna bajet yang lu orang letakkan tuh..ye la, kan nak berjimat..kena la ikut stail nak berjimat..huhu

Step # 3
Bajet dah set..so, sekarang pastikan yang lu orang ada duit sebanyak bajet lu orang..hehehehe

Step # 4
Apabila dah sampai ke destinasi shopping lu orang, pastikan lu orang beli satu persatu barang keperluan lu orang step by step..kalau lu orang mula-mula nak beli kasut,pastikan lu orang just cari kasut dulu smpai jumpa and then baru pergi cari barang laen...so, bila bershopping mestilah ikut step by step ea...

Lelong lelong lelong!!!!



Step # 5

Bila dah jumpa barang yang lu orang nak beli, tanya dulu harga and buat rundingan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang seminimum mungkin ( stail nih hanya sesuai di expo2 shaja ea tuan2) ...apabila dah tahu harga barang tersebut di satu kedai, tunggu dulu..jangan terus beli..teruskan survey di kedai2 lain dan lakukan step yang sama di setiap kedai sampailah anda boleh mmbuat pilihan yang bijak untuk mmbeli barang tersebut di kedai yang menawarkan harga yng terbaek..bukan apa, ini hanya untuk mengelakkan timbul ketidakpuasa hati apabila anda terlihat barang yang sama seperti barang yang lu orang beli dijual dengan harga yang lebih murah di kedai lain..sentap kott..haha..bila dah settle, boleh la teruskan dengan membeli barangan yang lain pulak dan jangan lupa skill yang sama..huhu

Step # 6
Ok,bila lu orang dah settle membeli satu barang yang lu orang hajatkan, teruskan dengan membeli barang yang seterusnya..jangan usha2 lagi barang yang u olls dah beli tuh di mana2 kedai takut nanti akan timbul rasa xpuas hati sebab lu orang terjumpa sesuatu barang tuh lebih cantik or bagus dari barang yang lu orang dah beli ..confirm akan rasa xpuas hati punya..so,elakkan dari melihat atau membelek2 barang yang anda dah beli tuh..just tumpukan perhatian kat barang yang lu orang belum beli lagi..ok..

Step # 7
Apabila semua barang yang lu orang hajatkan dah terbeli, tolong kawal nafsu lu orang daripada membeli barang yang tiada dalam list lu orang melainkan adanya lebihan daripada bajet yang lu orang sediakan awal2..cuba la kawal nafsu tuh..kata nak berjimat, kena la pandai untuk kawal nafsu dari membeli barang yang tak sepatutnya..(untuk orang yang nak berjimat khususnya golongan student yang macam aku nih) hehe

Kawal nafsu tuh cik kiah, cik pah, cik mah cik jah hoiiii ~~~~


Step # 8
Setelah berjaya membeli semua barangan yang lu orang hajatkan, jangan lupa says " Alhamdulillah " sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana telah memberikan u olls kesempatan untuk beraya dalam keadaan yang serba lengkap dengan adanya baju,kasut,seluar,selipar baharu..INGAT, masih ramai lagi yang beraya dalam serba kekurangan.."dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada"..hehehe..peace yaww

So, aku rasa tip-tip yang aku kongsi nih buleh la sedikit sebnyak menjadi panduan lu orang yang nak berjimat cermat berbelanja time shopping peralatan raya nanti..ye,aku mengaku parent kita memang ada sediakan duit untuk kita gunakan time shopping tapi apa salahnya kalau kita berjimat...banyak lagi manfaat lain kita akan dapat daripada hasil penjimatan kita tuh..insyaAllah....

Assalamualaikum wbt...




The End of Muqadimmah

Assalamualaikum wbt...y'all...
Ok,aku rasa sudah cukup rasanya untuk aku menulis about muqadimmah lagi...
bak kata orang utara " jadi sat " ...hahaha...
Then aku akan menulis blog nih seperti biasa tanpa berlandaskan skop muqadimmah lagi...
Aku tahu,boring jgk asyik tulis pasal muqadimmah jer..lu orang pun mesti akan boring jugak kan2??
So, dengan secara rasminya, aku akan tamatkan entry about 'muqadimmah' mulai hari ini....
Peaceee yawww.....
Assalamualaikum....