Saturday, 1 September 2012

Syawalku di 2012

Assalamualaikum wbt ...y'all....
Nampaknya, dah lama benoo aku x update aku pnya blog yang masih baru suam2 kuku nih...hahaha
maybe sebab aku terlampau busy sgt kot sampai xda masa untuk aku menghadap lappy and tulis apa yang aku suka...persiapan raya, raya, assignment lagi, n aktiviti2 kampus lagi yang nak kena handle, pergghhhh...memang xda masa laaa..
Anyway...
Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd lu orang..even dah masuk raya ke 15, tp aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan..kan ni masih bulan syawal..hehe

Acctually Syawalku pada tahun ini, agak muram...xmacam yang lepass..
Muram x bermaksud aku x menikmati hari kemenangan yang penuh kemuliaan ni...
Maksud aku, rayaku pada tahun ini x seberapa indah tahun-tahun yang lepas..dah x semeriah tahun-tahun lepas.,,dah x seligat tahun-tahun lepas menunggang motosikal mengelilingi bandar Jitra p beraya ke rumah orang...dah x seceria tahun-tahun lepas melawat rumah rakan-rakan dan sahabt handai di rumah mereka..dah x seindah tahun-tahun lepas menziarahi rumah mak ngah, mak njang, mak chaq n adik beradik yang laen...dah x sekenyang tahun-tahun lepas makan segala juadah raya di setiap rumah yang aku singgah...dan dah x sekaya tahun-tahun lepas mendapat kutipan duit raya yang boleh shopping macam2..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin - Putera Farhan


Aku pun x tahu di mana salah silapnya rayaku tahun nih...mungkin ni adalah proses aku melangkah ke alam dewasa..ye la, hari2 raya ni, kanak-kanak la yang paling suka sekali...serius aku dapat bezakan feel aku semasa aku masih comel2 menjadi budak2 dan feel aku sekrang..memang lain sangat...tp macam yang aku kata tadi, mungkin ini adalah proses..myb, raya2 akan datang ( InsyaAllah ) aku akan biasa dengan keadaan seperti raya tahun ini..

Btw, walaupun Aidilfitri aku pada tahun ini agak muram, tapi aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari di Aidilfitri kali ni..aku bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibu-bapa aku yang paling aku kasihi di dunia yang fana ini...masih diberi kesempatan untuk bermaaf-maafan dengan sanak saudara,para pensyarah,  rakan-rakan, dan jiran-jiran aku di kampung..aku bersyukur...:)
Terima Kasih Allah~~~~Alhamdulillah~~~

Sekian dulu sampai setakat ini....
Assalamualikum....:)

No comments:

Post a Comment